Tuesday 6 November 2012

Pilihan..

Kenapa agaknya kita selalu harus membuat pilihan? Kenapa pilihan harus dibuat? 
Susah tahu tak kalau dalam keadaan harus membuat pilihan antara hidup dan mati, untuk sekarang dan masa depan, untuk diri sendiri dan keluarga. 

Banyak sangat perkara nak diluahkan, tapi tak tahu dari mana nak mula, apa yang hendak dicerita. 

Aku pun tak tahulah apa yang aku buat sekarang ni betul atau tidak. Hati rasa tak ikhlas buat semuanya. Tak tahu apa kemahuan hati sendiri.

Dah ada orang yang sudi nak datang meminang, tapi ditahan. Aku tahan. Sebab apa? Sebab masih tak yakin dengan keputusan yang patut dibuat. Kalau tidak, mungkin sekarang ni aku dah pegang title 'tunangan orang'. Tapi dia bukanlah pilihan hati aku! Aku sedang menunggu seseorang yang lain. Yang aku dah kenal selama hampir 2 tahun.

Tapi sukakah dia kepada aku? Atau aku yang bertepuk sebelah tangan?
Itulah perkara yang aku tak pasti.

Kedua-duanya menunjukkan kesungguhan dalam cara masing-masing. Aku tak tahu. Aku tak pasti. Nak teruskan dengan pilihan hati sendiri atau dengan pihan keluarga?