Tuesday 6 November 2012

Pilihan..

Kenapa agaknya kita selalu harus membuat pilihan? Kenapa pilihan harus dibuat? 
Susah tahu tak kalau dalam keadaan harus membuat pilihan antara hidup dan mati, untuk sekarang dan masa depan, untuk diri sendiri dan keluarga. 

Banyak sangat perkara nak diluahkan, tapi tak tahu dari mana nak mula, apa yang hendak dicerita. 

Aku pun tak tahulah apa yang aku buat sekarang ni betul atau tidak. Hati rasa tak ikhlas buat semuanya. Tak tahu apa kemahuan hati sendiri.

Dah ada orang yang sudi nak datang meminang, tapi ditahan. Aku tahan. Sebab apa? Sebab masih tak yakin dengan keputusan yang patut dibuat. Kalau tidak, mungkin sekarang ni aku dah pegang title 'tunangan orang'. Tapi dia bukanlah pilihan hati aku! Aku sedang menunggu seseorang yang lain. Yang aku dah kenal selama hampir 2 tahun.

Tapi sukakah dia kepada aku? Atau aku yang bertepuk sebelah tangan?
Itulah perkara yang aku tak pasti.

Kedua-duanya menunjukkan kesungguhan dalam cara masing-masing. Aku tak tahu. Aku tak pasti. Nak teruskan dengan pilihan hati sendiri atau dengan pihan keluarga?

Thursday 12 July 2012

Kenapa sekarang?!

Rabu, 11 Julai 2012.
5.15 pm.
(Sedang bersiap2 nak mandi untuk ke kelas jam 6 pm.)


Ibunda call. Tak payah nk bagi diolog semua la rasanya. Dah tak ingat pun. Tapi perkara penting yang paling aku ingat adalah "Kau dgn *tut* macam mana? Serius ke tidak?".

Aku tergamam. Kenapa tiba-tiba tanya soalan tu? Dalam kepala otak memang tak fikir apa-apa yang 'fishy' pun.

"Ntah. Tatau. Org macam biasa je la. Kenapa?"

"Serius ke tak serius? Tadi Mama call, dia kata mak *tut* nak datang rumah kita, merisik."
(read : Mama adalah pangkat nenek kepada aku)

"HAH?! Biar betul?! Apsal??"
Boleh bayangkan tak, tetibe aku boleh tanya 'Apsal' org nk dtg merisik?
"....Orang tak habis study lg. Esok ngan lusa ada exam. Eiii~ Tanak fikir dulu boleh tak?!"

Dan perbualan seterusnya adalah perbualan yg tak dpt diingati lagi sebab kepala otak dah serabut tak dapat nak fikir apa-apa lagi.

Kenapa sekarang? Kenapa dia?

Sebenarnya, tak ada hati langsung dengan dia pun. Hati ada pada orang lain dan mengharap pada orang lain.  Orang lain tu pulak suruh aku tunggu sampai habis belajar baru fikir pasal tu.

Dan memang. Iye. Aku memang tak bersedia pun sekarang. Kalau dah dirisik, mesti la bincang pasal nak bertunang, kahwin dan setrusnya macam-macam lagi.

NOOOOO~!!!!

Aku tak nak pegang title 'tunangan orang' dalam waktu aku masih tak habis belajar lagi ni. Aku rasa terbeban. Lebih-2lebih lagi, pada orang yang aku tak ada hati lagsung dengannya. Kang kalau buat apa-apa, mesti org ckp : "Kau tu tunang orang, jaga sikit perangai." Dan kalau kelihatan keluar dengan kawan-kawan lelaki, nanti mesti timbul fitnah lain pulak.

HEYYYYY~!!!! Aku belum terasa nak kena ikat lagi laaa~ NOT NOW!

Aku terasa macam nak mengakhiri entry ni di sini saja.