Monday 15 August 2011

Jangan biarkan aku terbabas

Aku keliru. Apa lagi yang perlu Aku buat?
Duduk salah, berdiri salah. Bercakap salah, diam salah.
Terlalu berdikari salah, terlalu mengharap salah.
Terlalu terbuka salah, terlalu tertutup salah.
Jadi, apa yang betul?
Tolonglah beritahu. Tolonglah tegur.
Aku perempuan yang tidak sempurna dan masih tercari-cari erti kesempurnaan.
Aku juga manusia biasa yang sering terkhilaf.
Aku manusia, perempuan yang ada ego, emosi, hati dan perasaan, yang terkadangnya terlalu rapuh meniti setiap hari. Aku juga terkadangnya mengikut hasutan perasaan yang mungkin membinasakan.
Andainya Aku tersasar, kembalikanlah Aku ke atas landasannya.
Andainya Aku terleka, berilah Aku peringatan.
Jangan biarkan Aku terkapai-kapai penuh tanda tanya, kerana tanda tanya itu sesungguhnya adalah pembunuh jiwa.

Wednesday 3 August 2011

Salam Ramadhan, Salam Takziah

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat lagi Aku nak ucapkan Salam Ramadhan kepada sesiapa saja yang tersinggah masuk ke blog ni. Semoga segala amalan baik kita di bulan mulia ini akan diredhai Allah, dan semoga barakah Ramadhan ini akan jadi milik kita.

Dah lama sangat Aku menyepi. Research, assignment, presentation. Semuanya beratur tunggu giliran. Banyak sangat kerja sampai tak cukup masa. Maka, blog ini terbiar sepi tanpa belaian. Sorry! Hehehe~

Pasti ramai yang dah tahu dan sedia maklum berkaitan kes pelajar mati jatuh bangunan di Pattaya, Thailand beberapa hari sebelum Ramadhan lalu kan? Aku sifatkan kematian itu sungguh tragis dan tak sepatutnya berlaku. Salam Takziah untuk keluarga, saudara-mara, dan kenalan2 Allahyarham.

Aku juga adalah antara kenalan Allahyarham. Kami sekampung. Walaupun tak mengenali Allahyarham secara rapat, tapi jujur Aku katakan, Allahyarham bukanlah seorang individu yang akan melakukan perkara2 seperti ini. Allahyarham datangnya dari keluarga bahagia yang budiman, berpelajaran dan bersopan.

Berdasarkan pengalaman sewaktu zaman persekolahan, Aku sendiri menyifatkan Allahyarham adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Seteruk mana sekalipun tekanan yang dialaminya, membunuh diri adalah perkara yang tidak mungkin akan beliau lakukan. Segala persoalan dan kemusykilan ahli keluarga Allahyarham, turut Aku rasakan. Semoga akan ada keadilan dan kebenaran memihak kepada Allahyarham.Semoga roh Allahyarham Muhammad Syafiq aman dan tenang di sana, ditempatkan bersama2 dengan roh orang2 yang beriman dan soleh. Al-Fatihah...

Anda semua, berdoalah meminta perlindungan dari Allah supaya sentiasa dilindungi dari segala bahaya dan ancaman2, walaupun dari ancaman orang yang terdekat dengan kita. Kita tak tahu apa yang mungkin akan berlaku kepada kita di masa akan datang. Malang tidak berbau. Wallahualam..

Rasanya cukuplah ini saja untuk kali ini. Aku kesuntukan masa lagi. Bila2 ada kelapangan, Aku akan menulis lagi. Jangan ada yang rindukan Aku pulak yer~ Hihiksss~ :p