Thursday 31 March 2011

... Dalam Botol

Dah tengok cerita "... Dalam Botol"?


Kalau belum, sila pergi cari panggung wayang berhampiran, beli tiket, dan tonton dengan hati dan fikiran yang kosong dan tenang, supaya kepala anda tak terlalu terbeban untuk memikirkan masalah luar, dengan masalah dalam cerita ini sendiri. Sebaiknya, waktu tengok tu, jangan kunyah apa-apa makanan pun. Sebab apa? Sebab, kalau sambil tengok cerita tu sambil mengunyah, anda akan anggap cerita tu macam cerita lawak. Scene sedih pun anda boleh gelak, apatah lagi scene serius. Padahal, tak ada apa-apa sebab pun yang patut membuatkan anda gelak. Tengok, betapa jauh bezanya fokus orang yang menonton dengan tenang, dengan orang yang menonton dan makan.

Aku dah tengok cerita ni kelmarin. Lepas kawan balik kerja, dia terus heret Aku ikut dia jalan2 cari makan. Tapi sebab hari tu Aku puasa, demi untuk mengisi masa yang terluang sebelum waktu buka puasa, kami decide pergi tengok wayang. Cerita yang paling cepat waktu tu adalah cerita ni la, "...Dalam Botol".


Untuk pengetahuan, kawan Aku ni seorang yang memang tak gemar tengok cerita Melayu. Filem Melayu tak tengok, apetah lagi drama2 Melayu. Katanya, semuanya menampakkan kelemahan tipikal Melayu. (padahal dia pun Melayu juga). Apa yang Aku cuba sampaikan di sini adalah bukan pasal keMelayuan kawan Aku ni atau pun berkenaan minatnya. Tapi Aku nak beritahu pasal kekaguman dia terhadap cerita ini. Katanya, ini memang tipikal filem gay. Tapi cara penyampaian cerita ni, tak menampakkan cerita ini ringan dan untuk tujuan dipersendakan. Maksudnya macam, cerita ini agak bermutu bagi dia yang memang tak sukakan cerita Melayu tipikal. Sebab itu Aku awal2 lagi dah cakap pada dia, nak tengok cerita ni, kena banyak berfikir, bukan tengok dengan perasaan semata-mata. (Aku cakap macam tu sebab dia jenis yang suka kutuk2 direct kalau terjemahan dia adalah negatif dari pandangan dia semata2.)

Sumpah Aku geli tengok bende alah ni. Yekkkk~!!!

Habis cerita ni, keluar panggung, dia yang terlebih excited! Dia kata cerita ni memang best! Disebabkan cerita ni berdasarkan kisah benar, dia bersedih dengan situasi 'watak sebenar' tu. Dia kata "First time saya suka tengok cerita Melayu yg macam ni wooo~!!" Padahal, sebelum ni Merong Mahawangsa dan beberapa filem lain sebelum ni pun dia pernah cakap macam tu. Tapi takpe. Orang tengah excited, kita iyakan saja, jangan disanggah. Nanti berbalah.


Sedikit ulasan pasal filem ni (dicedok dari tempat lain) :

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.


Kerana nafsu, seluruh kehidupan hancur musnah. Berbaloikah? 

No comments:

Post a Comment