Thursday 31 March 2011

... Dalam Botol

Dah tengok cerita "... Dalam Botol"?


Kalau belum, sila pergi cari panggung wayang berhampiran, beli tiket, dan tonton dengan hati dan fikiran yang kosong dan tenang, supaya kepala anda tak terlalu terbeban untuk memikirkan masalah luar, dengan masalah dalam cerita ini sendiri. Sebaiknya, waktu tengok tu, jangan kunyah apa-apa makanan pun. Sebab apa? Sebab, kalau sambil tengok cerita tu sambil mengunyah, anda akan anggap cerita tu macam cerita lawak. Scene sedih pun anda boleh gelak, apatah lagi scene serius. Padahal, tak ada apa-apa sebab pun yang patut membuatkan anda gelak. Tengok, betapa jauh bezanya fokus orang yang menonton dengan tenang, dengan orang yang menonton dan makan.

Aku dah tengok cerita ni kelmarin. Lepas kawan balik kerja, dia terus heret Aku ikut dia jalan2 cari makan. Tapi sebab hari tu Aku puasa, demi untuk mengisi masa yang terluang sebelum waktu buka puasa, kami decide pergi tengok wayang. Cerita yang paling cepat waktu tu adalah cerita ni la, "...Dalam Botol".


Untuk pengetahuan, kawan Aku ni seorang yang memang tak gemar tengok cerita Melayu. Filem Melayu tak tengok, apetah lagi drama2 Melayu. Katanya, semuanya menampakkan kelemahan tipikal Melayu. (padahal dia pun Melayu juga). Apa yang Aku cuba sampaikan di sini adalah bukan pasal keMelayuan kawan Aku ni atau pun berkenaan minatnya. Tapi Aku nak beritahu pasal kekaguman dia terhadap cerita ini. Katanya, ini memang tipikal filem gay. Tapi cara penyampaian cerita ni, tak menampakkan cerita ini ringan dan untuk tujuan dipersendakan. Maksudnya macam, cerita ini agak bermutu bagi dia yang memang tak sukakan cerita Melayu tipikal. Sebab itu Aku awal2 lagi dah cakap pada dia, nak tengok cerita ni, kena banyak berfikir, bukan tengok dengan perasaan semata-mata. (Aku cakap macam tu sebab dia jenis yang suka kutuk2 direct kalau terjemahan dia adalah negatif dari pandangan dia semata2.)

Sumpah Aku geli tengok bende alah ni. Yekkkk~!!!

Habis cerita ni, keluar panggung, dia yang terlebih excited! Dia kata cerita ni memang best! Disebabkan cerita ni berdasarkan kisah benar, dia bersedih dengan situasi 'watak sebenar' tu. Dia kata "First time saya suka tengok cerita Melayu yg macam ni wooo~!!" Padahal, sebelum ni Merong Mahawangsa dan beberapa filem lain sebelum ni pun dia pernah cakap macam tu. Tapi takpe. Orang tengah excited, kita iyakan saja, jangan disanggah. Nanti berbalah.


Sedikit ulasan pasal filem ni (dicedok dari tempat lain) :

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.


Kerana nafsu, seluruh kehidupan hancur musnah. Berbaloikah? 

Tuesday 29 March 2011

Jika Anda Susah Tidur, Kemungkinan Akan Dapat Buasir

Lepas baca ni, aku jadi terkejut. Kenapa terkejut. Korang la pulak try baca.


Buasir terjadi apabila struktur usus telalu lemah. Mengamalkan meneran kuat ketika membuang air besar akan menambahkan lagi keterukkan tahap buasir.

Usus besar amat berkait rapat dengan karektor seperti berikut sekiranya ia lemah;

1. Sifat kurang yakin
2. Terburu-buru
3. Suka menangguh kerja
4. Was-was

Sebenarnya sikap tersebut juga merupakan punca utama mengapa seseorang yang lemah usus besarnya itu suka meneran ketika membung air besar. Aktiviti dan tenaga usus besar dikawal oleh otak Hipothalamus . Selain mengawal usus besar, hipothalamus juga mengawal waktu tidur. Waktu tidur yang sihat dan menyihatkan otak ialah antara waktu selepas Isyak (kira-kira 8.30 malam waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga dua per tiga malam (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).

Usus yang lemah adalah sangat panas dan sensitif dengan makanan yang panas seperti berikut:

1. Cili
2. Rempah
3. Lada
4. Ulam pegaga dan ulam raja
5. Kopi
6. Tembikai
7. Makanan rangup

Selain makanan panas, makanan yang tinggi fibre juga boleh melemahkan usus besar. Fibre boleh bertindak mengaktifkan usus secara berlebihan.

Antara makanan yang tinggi fibre ialah:
1. Pisang (kecuali pisang embun)
2. Bijirin oat

Makanan yang berkoko:
1. Milo
2. Coklat koko
3. Kek koko

Semakin banyak seseorang itu mengambil makanan tinggi fibre, semakin panas keadaan usus dan memudahkan sembelit apabila makanan fibre dihentikan pengambilannya.


Tidur Sebagai Rawatan

Otak yang mengawal tenaga usus ialah otak yang sama mengawal tidur dan tumpuan iaitu Hipothalamus. Mereka yang mengalami masalah di usus juga turut mengalami masalah tidur. Misalnya mereka yang lewat tidur biasanya akan mengalami masalah sembelit atau simptom sembelit seperti sukar membuang air besar atau terlalu lama di tandas. Mereka yang mengalami masalah buasir pula biasanya sukar mendapat tidur yang lena. Mengamalkan tidur awal sejurus selepas solat Isyak serta mengelakkan mengambil makanan yang tinggi kalori 2 jam sebelum tidur ialah petua rahsia untuk merawat masalah berkaitan dengan usus.


Makanan berkalori tinggi ialah makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan termasuk juga perasa pedas yang diletakkan dalam makanan ringan. Biasanya rawatan untuk masalah buasir peringkat pertama ialah dengan menguatkan sistem otot di sekitar usus kemudian diikuti dengan menguatkan usus itu sendiri berserta dengan otak yang mengawal tenaga usus iaitu hipothalamus.

=================

Hooooo~ Aku selalu tido lambat, ada potensi dapat buasir ke nih?! Heshhh~ Semua makanan yang disebut kat atas tu, semua Aku suka telan, lebih2 lagi oat, pisang n milo. Cili dan lada memang tak la! Aku tak makan pedas weih! Aku tgh on diet sekarang, sebab tu itu je yang aku telan - pisang, epal, limau, biskut oat, nestum, yogurt drink Nestle Bliss, Milo.

Tapi betul ke nih?! Heshhh~ Ghisao pulak aihh~!!

Sharing is Caring, kan? :)

Orang kata, sharing is caring. Duduk depan pc / laptop sambil blogwalking, boleh dapat duit. So, Aku nak share dengan korang2 yang sudi, meh la join meramaikan lagi ahli jemaah. Lebih ramai, lebih meriah, lebih mansyukkk~!!

Klik link untuk maklumat dan daftar. Selamat meng'klik'! :)

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Jom cuba!

Boleh cuba kalau berminat. Klik link untuk maklimat lanjut. :)


Perfect fit for a quick lunch for two! Yummy pies with a full meal from #JustPie at RM13.90. Grab it at #MilkADeal

Monday 28 March 2011

Mood memasak tunjukkan diri. Yeayyyy!!!

Sabtu n Ahad, Adik kesayangan datang berhujung minggu di rumah Aku. Seronok la! Jalan2, makan2, gossip2 sama2, perkara yang dah lama kami tak buat bersama2, dek kerana masing2 sibuk dengan aktiviti dan tugasan masing2. Aku di U, dia di maktab - bakal pendidik la katakan.

Jalan2 di JJ Ayer Keroh untuk menghabiskan masa je. Singgah masuk kedai buku Popular. Banyak gile buku2 baru! Aku teruja!! Lebih menterujakan Aku, ada banyak buku masakan yang baru. Aku pun tak tau la sejak bila pulak aku boleh jadi teruja bila tengok buku masakan. Paling buat aku teruja dan histeria, bila nampak buku ni :



Serius Aku suka! Aku dah hampir nak beli waktu tu jugak tau?! Tapi nasib baik adik Aku cakap dia dah beli buku tu, ada kat hometown. Dia beli waktu cuti sekolah lepas. Fuhhh~ lega! Kalau tak, melayang la duit Aku. Hahaha~

Aku memang dapat rasakan mood memasak Aku dah datang kembali setelah sekian lama 'merajuk'. Bukanlah merajuk sebab apa pun, cuma sebab tak cukup masa nak masak, dan mungkin juga sebab 'persekitaran' tak menaikkan mood aku untuk memasak. Aku nekad, lepas naik cuti midterm U Aku ni, Aku nak mulakan balik mood practise memasak aku di rumah sewa. Kalau dulu, kat rumah sewa yang lama, setiap hari Aku memasak, dari benda paling simple, sampai la benda yang agak rumit. Masak dengan penuh confident walaupn x pandai, sebab Aku sendiri yang makan sorang2. Kali ni, kena jugak mulakan. Practise memasak untuk bakal suami. Oooppps! Heheheh~

Nak tengok tak antara hasil masakan yang Aku pernah masak, yang sempat di snap. Haaaa~ tengoklah! Hehehe~

Kari ikan tenggiri yang masih panas atas dapur.

Sayur kacang buncis. Senang je!

Nasi goreng hailam. Perencah sendiri tau, bukan pakai perencah segera!

Kentang sangai. 
Tak jadi sebab kentang tu keras. Patut kena masak lama sikit barulah kentang tu empuk. Hahaha~!!

Telur hancur. 
Sapa tak tahu buat, mari Aku ajar, free je!

Sambal sotong yang pedasssss! 
(note : Aku tak makan pedas, tapi masak pedas2. Sengal, kan?!)

Haaaaa~ Ni memang Aku masak untuk breakfast. Benda ni la yang paling susah Aku nak masak. Sampai 7 hari 7 malam figure cara nak buat. *tipu*

Yang ni Aku tak masak. Hahaha!

Daging blackpeper. Mengancam! Aku peminat blackpepper. :)

Pau daging berintikan telur burung puyuh, memang bukan Aku yang buat. From Muar. 
Tapi Aku suka makan! Nanti akan cuba buat. Heheh!

Ada lagi benda yang Aku pernah masak tapi x sempat amik gambar antaranya bubur kacang, sup cendawan, sup ayam rempah, ayam masak merah, dll...

Tau tak, tengok gambar2 je dah buat Aku jadi lapar! Walaupun simple dan biasa2 je, tapi kepuasan bila anda dapat makan hasil masakan anda sendiri, memang susah nak digambarkan! Priceless you know?

So, apakata siapa2 yang masih belum panda masak tu, rajin2kan diri try test cuba masak benda paling mudah dulu, tak kisah la sedap ke tidak, asalkan CUBA! Selamat mencuba! :)

Sunday 27 March 2011

Say NO to harta benda orang lain!

Sejauh mana anda boleh bertoleransi dengan orang yang suka mengambil barang orang lain tanpa kebenaran? Sejauh mana anda boleh bersabar dengan perangai / sikap seseorang yang pada mulanya anda kenali sebagai seorang yg berperangai baik dan tiba-tiba bila dah lama kenal, maka terpecahlah tembelangnya yang sebenar. Ditambah pula dengan sejarah individu dalam kehidupan sosialnya.

Aku memang sakit hati gila gaban bila berdepan dengan situasi macam ni. Tiba-tiba barang hak milik Aku diguna pakai sesuka hati orang lain, macamlah mak bapak dia bagi duit kat Aku untuk beli barang tu untuk dikongsi dengan anak dia pulak! Kau tak hangin ke macam tu? Kalau setakat pakai sikit-sikit dan sesekali tu tak apa la. Bole pandang ala kadar. Tapi bila setiap hari dia 'memunya' barang tu, memang Aku terus bertukar jadi Hulk kaler Pink la! Bukan dia tak tau yang Aku tak suka. Tapi fikiran budak dungu tak faham bahasa dan selfish nih memang Aku tak tau nak describe macam mana. Setiap hari memang disumpah seranah oleh Aku yang sememangnya mulut puaka ni. Nasib Kaulah!

Hari-hari tagih simpati orang, konon-konon macam dia nih helpless sangat-sangat dan macam dia seorang yang innocent tak tahu apa-apa. Macam semua benda pun orang kene fokus kat dia semata-mata. Ohmyyyy~ Kau nk dapat segala attention tu dari Aku? Memang taklah! Kau nak manja-manja dengan Aku secara tak bertempat, free-free je Kau dapat maki! Best kan?

Self-claim by this person, menginjak umur 20 tahun, bahawasanya dia dah besar dah sudah dewasa. Tapi cara pemikiran dan perbuatan tak melambangkan apa yang dia katakan. So, Aku jadi meluat.

Tolong ubah sikap yang satu tu boleh? Jangan suka buat harta orang lain jadi harta sendiri kalau mak bapak Kau tak bagi Aku sesen pun untuk beli barang tu. 

Kalau korang, apa korang buat dengan makhluk sebegini?!

Mawar dan Melati

MAWAR


Mawar Pertama:
Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua :
Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga :
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan keampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat :
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima :
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada sesiapa pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Keenam :
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilemparkan batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh :
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapakah kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan :
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan. Insya ALlah.

Mawar Kesembilan :
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah denganmu.

Mawar Kesepuluh :
Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak dengan teratur merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.



MELATI

Melati Pertama :
Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.

Melati Kedua :
Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

Melati Ketiga :
Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

Melati Keempat :
Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh dan sikap yang terlalu cemburu itu ia ibarat api yang membara.

Melati Kelima :
Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok, bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam :
Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh :
Bertingkah-lakulah dengan akhlakmu yang lebih indan dan cantik dari sebuah taman.

Melati Kelapan :
Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Melati Kesembilan :
Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati dan biarkan yang memusuhi terlupa.

Melati Kesepuluh :
Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan dan hukuman.



Sumber :
Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Saturday 26 March 2011

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta -
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang -
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka -
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.)


Minat -
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan membuatkan kita CINTA pada seseorang itu..

Hati kata : "Jangan Percaya!"

Berat betul hati nak menerima pengakuan yg entahkan jujur entahkan tidak tu. Betul ke? Atau itu hanya alasan semata-mata sebab nak mengelak? Segala kriteria yg Aku labelkan sebagai JAHAT, semua itulah 'Dia' kata 'Dia' pernah buat. Tapi apa yang Aku nampak, 'Dia' tak macam tu. 'Dia' tak nampak seperti apa yang 'Dia' katakan. Hati Aku sendiri tak meredhakan untuk percayakan setiap pengakuannya itu.

Harus ke Aku percayakan kata Si Hati? Atau patutkan Aku membutakan mata, mentulikan telinga dan mengebaskan perasaan untuk tak percayakan Si Hati lagi?

Aku bingung.

Kalau betullah apa yang jadi ini seperti apa yang Aku harapkan dan fikirkan, kenapa perlu ada permainan? Adakah untuk menguji Aku, seteguh mana tekadnya hati dan kehendak diri? Ya Rabbi. Aku dah tak mampu nak bermain-main lagi. Cukuplah sebelum ini Aku teruji dengan permainan hati yang telah mengorbankan hati itu sendiri. Kecederaan parah di hati masih lagi belum pulih, jangan ditambah lagi seksaan ke atasnya untuk diduga kesekian kalinya. Hati Aku tak mampu lagi diperlakukan begitu.

Wadah Salam Permulaan

Hye! Salam...

Blogger.com dah lain la pulak! Ke, aku yang dah rasa kekok sebab dah lama tak gunakan blogspot? Mungkin lah! Dah lama tak menulis blog. Dah lama tak membebel secara sesuka hati dan sesedap rasa. Mungkin akan start kembali, bermula di sini.

Owh, kekoknya! Aku harap sangat penulisan hasil buah fikiran dan rasa hati aku tak akan kaku dan kejung sepertimana kekoknya aku dengan keadaan ni. Semoga hasil tulisan aku akan membawa sedikit perubahan dalam cara masyarakat berfikir. Semoga setiap hasil tulisan tidak dinilai berdasarkan personaliti si penulis. Tapi bacalah dari hati dan fikiran waras seperti seorang AKU, seorang yang sentiasa dahagakan ilmu dan kematangan dalam hidup, rimaskan keadaan yang seringkali merumitkan.

Siapa AKU? Biarlah rahsia. Biarlah hanya hasil tulisan aku di baca dan dikenali, bukan kerana siapa AKU.