Wednesday 16 November 2011

I want a totally new life.

Pernah tak terlintas di fikiran anda semua untuk memulakan satu kehidupan baru, all totally new?

Sekarang, saya amat MAHU! 

Saya nak memulakan satu kehidupan baru, yang lebih tenang, tanpa dibayangi oleh masa silam yang kadang2 buat saya pening, keliru, bingung dan sedih.

Saya membayangkan satu kehidupan baru itu macam bayi yang baru lahir. Tiada apa2.. dan kesempurnaan kehidupan itu saya perolehi sedikit demi sedikit.

Semua barang2 yang ada depan mata, semua situasi yang berlaku, semua memori2 silam, semua tu saya tak mahu. Saya nak yang baru SEMUANYA.

Boleh ke agaknya impian saya tu saya perolehi? 

Sunday 13 November 2011

Wedding 'bekas madu tak rasmi zaman dulu kala'

Hye!

Penat sungguh harini. Tapi happy!
Happy sebab dapat jumpa ramai kawan2 lama zaman persekolahan dulu.

Actualy, baru balik dari attend wedding classmate n schoolmate dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah dulu. To make it interesting, kami pernah jadi 'madu tak rasmi' zaman cintan-cintun monyet dulu kala. Bahana boy-friend main kayu 3 la ni punya pasal. Heshhh!! Cerita lama, tak payah kenang.

Tapi hey, saya dan pengantin perempuan ini masih berkawan baik ok! Dan bekas boy-friend yg menduakan kami itu pun sudah lama 'berkahwin secara ekspress'.

Saya, selesa bersendiri. Lebih aman. :)

Dan bercerita pasal bekas boy-friend yang menduakan kami itu, saya terserempak dengan parents dan adik perempuan si lelaki itu attend wedding tu jugak! Satu kesimpulan yang dapat diucapkan disini adalah : "Bukan setakat anak je mengelak dari terserempak, satu family pun mengelak sama! Orang dah tau salah mmg selalu mcm tu. Sape suruh cari pasal?!"

" A wrong relationship will make you feel more alone than when you were single. "

Statement tu sangat betul! Aku lebih rasa tak berseorangan sekarang. Aku rasa sentiasa diperlukan dan sentiasa dikelilingi ramai orang berbanding sewaktu aku ade boyfriend dulu.

Aman, tenang, bahagia dan seronok! Walaupun tanpa boyfriend. At least not for now. Itulah aku sekarang.

Thursday 10 November 2011

Jeles!

Sana sini semua sekarang tengah musim konvo kan? Tahu tak saya ada perasaan sangat cemburu tengok mereka2 itu dah grad dan sudah konvo. Saya cemburu tengok mereka sudah memakai jubah itu, topi itu dan berjalan di atas pentas sambil menggenggam skrol itu. Cemburu sangattttt~!! Tapi nak buat macam mana. Belum ada rezeki lagi nak merasa. Sabar saje laaa...

Ada orang kata, zaman jadi student adalah zaman yang paling best dan paling indah.
Tapi yang masih student pulak kata tak sabar nak kerja, dah tanak menghadap exam dan lecturer yang kadang2 menjengkelkan. Cemana ni?! Timbul rasa serba-salah dan takut pulak.

Tapi... Kalau tak habis belajar, cemana nak dapat kerja best2 kan? Kalau tak kerja yang best2, cemana nak dapat gaji yang lumayan? Kalau tak dapat gaji lumayan, cemana nak tunaikan hajat dan impian sendiri kan? Semua tu bersangkut-paut. Bab kahwin, tangguh dulu. Hihikssss~ :p 



## Bosan la blog ni kan? Takde gambar langsung. Siapa empunya blog pun xde siapa kenal. Kan? hehe~

Come-Back!

Fuhh~ Fuhh~ Fuhhhhhh~ *simbolik bunyi tiup habuk dan sawang2*

Assalamualaikum. Hye!
Dah penuh dengan segala macam habuk, debu dan sawanglah pulak blog nih kan?
Penangan kemalasan dan ke'bz'an la ni. Tak tahu nak update pasal apa dalam blog kali ni as a come-back. Tp tetap terasa tangan ni gatal nak menaip. Haha!

Sibuk.
Sem ini sem paling sibuk. Sibuk nak menguruskan study, sibuk nak menguruskan hal2 berkaitan praktikal @ internship. Tak reti! Pening! Cuak! Keliru! Semuanya ada. Semoga dipermudahkanlah. Semoga dapat harungi 5 subjek sampai akhir sem ni. Amin!

Undangan.
Sekarang dah bulan November. Bulan depan bulan Disember. Bulan2 yang penuh dengan kenduri kahwin. Jadual setiap hujung minggu sekarang dah penuh. Penuh dengan undangan majlis kawin kawan2 waktu zaman2 persekolahan dulu. Makanya, haruslah pulang ke hometown setiap hujung minggu. Membesar atas bus je la jawabnya. Apa nak buat, belum ade rezeki nak beli kereta sendiri lagi. Soon. InsyaAllah. Amin. :)

Kawan2 sebaya boleh dikatakan dah 60% dah berumah-tangga dan branak-pinak. Ada suara2 halus dah bertanyakan saya. Sabarlah. Ada jodoh, InsyaAllah. Sekarang ni pun masih single lagi tak berteman, macam mana nak kahwin? Hehehe~ :)

Berdebar.
Tak memasal pulak kan? Sebenarnya macam ni. Salah satu hujung minggu dalam bulan November ni, saya akan menghadiri satu kenduri tahlil. Biasa la kan tahlil arwah. Tapi dalam majlis tahlil tu saya akan dipertemukan dengan seseorang yang ingin mengenali saya. So common kan? Tak interesting langsung bunyinya. Biasa la orang nak berkenalan kan?

Tapi nanti dulu. Seseorang ini menyatakan hasrat ingin berkenalan dengan saya melalui Ibu saya. Means, dia berterus terang minta izin dari Ibu untuk berkenalan dengan saya.

Mulanya, saya pelik la kenapa dia nak berkenalan dengan saya pulak? Dari mana dia nampak saya sampaikan terus berminat nak berkenalan. Rupa-rupanya, dalam majlis tahlil yg sebelum ni dia dah nampak saya. Minta izin dari Ibu pada majlis tahlil malam berikutnya, which is saya tak hadir sebab dah pulang ke negeri tempat saya belajar.

Now, guess what? Kami masih dalam sesi berkenalan. Melalui FACEBOOK! Harap2 tak jadi la 'Cinta MukaBuku' kan sebab katanya hati terpaut di majlis tahlil. So, patut ke jadi 'Cinta di Majlis Tahlil'? Hihihi~ :p

Malam ni nak tidur dalam senyuman. Nite! :D

Thursday 22 September 2011

Salah ke kerja kilang?

Sebuah situasi. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah situasi ini.

Gadis A : Eh, boyfriend kau tu kerja apa? 
Gadis B : Kerja kilang XYZ tu.. 
Gadis A : Owh.. mesti kerja operator atau jaga mesin je kan? 
Gadis B : Tak la. Dia la owner kilang tu.. 
Gadis A : (terdiam terkelu sambil buat muka kelat)

Anda pernah lalui situasi ini? Atau anda pernah terkena situasi ini?
Kepada saudara/saudari yg selalu menjadi 'Gadis A' tu, buangkanlah tabiat anda yg suka memandang rendah kepada orang lain tu. Buruk benar tabiat tu. Jangan sampai tabiat tu memakan diri anda nanti.

Ape dosanya kalau kerja di kilang sekalipun? Asalkan rezeki halal, sudah la.

Kalau anda ada kenalan yang anda bangga-banggakan kerana bekerja di syarikat besar dan gah, tapi tak pernah mahu jemput anda datang ke pejabatnya ataupun menjemput ke majlis2 anjuran syarikat mereka, berhati-hatilah. Mungkin mereka tu pun bukannya berjawatan tinggi. Entah2 cleaner je! Dunia ni kan penuh dengan tipu muslihat semata-mata..

Monday 15 August 2011

Jangan biarkan aku terbabas

Aku keliru. Apa lagi yang perlu Aku buat?
Duduk salah, berdiri salah. Bercakap salah, diam salah.
Terlalu berdikari salah, terlalu mengharap salah.
Terlalu terbuka salah, terlalu tertutup salah.
Jadi, apa yang betul?
Tolonglah beritahu. Tolonglah tegur.
Aku perempuan yang tidak sempurna dan masih tercari-cari erti kesempurnaan.
Aku juga manusia biasa yang sering terkhilaf.
Aku manusia, perempuan yang ada ego, emosi, hati dan perasaan, yang terkadangnya terlalu rapuh meniti setiap hari. Aku juga terkadangnya mengikut hasutan perasaan yang mungkin membinasakan.
Andainya Aku tersasar, kembalikanlah Aku ke atas landasannya.
Andainya Aku terleka, berilah Aku peringatan.
Jangan biarkan Aku terkapai-kapai penuh tanda tanya, kerana tanda tanya itu sesungguhnya adalah pembunuh jiwa.

Wednesday 3 August 2011

Salam Ramadhan, Salam Takziah

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat lagi Aku nak ucapkan Salam Ramadhan kepada sesiapa saja yang tersinggah masuk ke blog ni. Semoga segala amalan baik kita di bulan mulia ini akan diredhai Allah, dan semoga barakah Ramadhan ini akan jadi milik kita.

Dah lama sangat Aku menyepi. Research, assignment, presentation. Semuanya beratur tunggu giliran. Banyak sangat kerja sampai tak cukup masa. Maka, blog ini terbiar sepi tanpa belaian. Sorry! Hehehe~

Pasti ramai yang dah tahu dan sedia maklum berkaitan kes pelajar mati jatuh bangunan di Pattaya, Thailand beberapa hari sebelum Ramadhan lalu kan? Aku sifatkan kematian itu sungguh tragis dan tak sepatutnya berlaku. Salam Takziah untuk keluarga, saudara-mara, dan kenalan2 Allahyarham.

Aku juga adalah antara kenalan Allahyarham. Kami sekampung. Walaupun tak mengenali Allahyarham secara rapat, tapi jujur Aku katakan, Allahyarham bukanlah seorang individu yang akan melakukan perkara2 seperti ini. Allahyarham datangnya dari keluarga bahagia yang budiman, berpelajaran dan bersopan.

Berdasarkan pengalaman sewaktu zaman persekolahan, Aku sendiri menyifatkan Allahyarham adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Seteruk mana sekalipun tekanan yang dialaminya, membunuh diri adalah perkara yang tidak mungkin akan beliau lakukan. Segala persoalan dan kemusykilan ahli keluarga Allahyarham, turut Aku rasakan. Semoga akan ada keadilan dan kebenaran memihak kepada Allahyarham.Semoga roh Allahyarham Muhammad Syafiq aman dan tenang di sana, ditempatkan bersama2 dengan roh orang2 yang beriman dan soleh. Al-Fatihah...

Anda semua, berdoalah meminta perlindungan dari Allah supaya sentiasa dilindungi dari segala bahaya dan ancaman2, walaupun dari ancaman orang yang terdekat dengan kita. Kita tak tahu apa yang mungkin akan berlaku kepada kita di masa akan datang. Malang tidak berbau. Wallahualam..

Rasanya cukuplah ini saja untuk kali ini. Aku kesuntukan masa lagi. Bila2 ada kelapangan, Aku akan menulis lagi. Jangan ada yang rindukan Aku pulak yer~ Hihiksss~ :p

Wednesday 22 June 2011

Petua Kumpul Duit Untuk Majlis Kahwin

Oleh : Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Petua ataupun 'guideline' ni macam bagus dan berguna jugak! Usaha pengurusan kewangan untuk yang dah merancang untuk berkahwin. Apakata korang2 yang dah merancang2 tu cuba2 tips ni, mana la tau kot2 menjadi? Takde la nanti botak kepala fikir nak bayar hutang lepas majlis kawen pulak! :p  


Tips :

1. Simpan RM250.00 setiap bulan atau lebih

2. Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.

  • Contoh: (RM250 x 36 bulan = RM9,000)


Jika Tidak Mencukupi:

Kongsi dengan bakal isteri. Setiap orang simpan RM250.00 setiap bulan.

(RM250.00 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)



Jika Masih Tidak Mencukupi:

Gandakan nilai simpanan anda berdua: RM 500.00 setiap bulan x 2 orang

(RM500.00 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000)



CARA BAJET:

a) RM10,000 : Kenduri belah perempuan (Bajet Ekonomi)

b) RM19,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Ekonomi)

c) RM40,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Sederhana Tinggi)


Wooo~ kalau awal2 dah asingkan duit siap2 untuk majlis kawen, memang tak payah susah hati la fikir duit nak korek kat mana. Betul tak? Once Aku dah kerja nanti, harus la kena menyimpan. Buka akaun bank khas utk simpan duit utk majlis kawen je. Hahahaha~ gigih! :p 

Saturday 18 June 2011

You will never know this...

My Dear R,

Happy Birthday!! 
Kamu tahu tak saya sayang kamu? I love U soooooooooo much!!
Saya tak kesah la orang kata kamu diva ke, superstar ke, princess ke, whateverpun, I DON'T CARE! 
Kamu tetap akan jadi kawan dan adik Saya sampai bila2. Terima kasih sebab selalu ada waktu susah senang Saya. Terima kasih kerana sentiasa tahan dengan karenah dan perangai Saya yang selalu menggila. Terima kasih kerana berada bersama Saya di waktu saya jatuh tersungkur dan berada dalam kepayahan untuk bangkit semula. Tanpa Kamu, Saya tak mungkin akan bangkit semula dengan semangat dan personaliti baru seperti sekarang ini. Mungkin juga kita dah tak dapat jumpa lagi.

The ONLY reason why I'm alive now is because of your magical words of advices. 

Terima kasih untuk semuanya. I Love You Sis!

Wednesday 15 June 2011

"Aku kan pencuri!" - (Z, 2010)

Sambungan cerita semalam.

Kenapa Aku gelarkan perbincangan semalam as 'perbicaraan tertutup'? Sebabnya, semua yang terlibat adalah bakal2 peguam, kecuali Aku, bakal bussiness-woman. Hehehe~ InsyaAllah..Amin! :)

Aku tak tahu nak mula dari mana. Tapi Aku cuba. Aku harap sesiapa yang baca ni tak la pening kepala sampai meroyan semata-mata cuba nak memahamkan ayat2 aku nih nanti yer..

Situasinya macam ni. Korang cuba la baca sambil bayangkan. Korang kenal sorang minah ni, kita namakan dia sbg Z. Sebelum ni, bertahun2 sebelum ni, kenal macam tu je la. Kalau jumpa kat mana2, tegur2 hai2-bye2 je. Lepas tu, baru la dalam akhir tahun lepas korang jadi rapat dengan dia, rapat dan terus jadi best friend. Pergi makan sama2, pergi kelas sama2, pergi study kat library sama2, pergi shopping pun sama2. Bila orang lain tau yang korang tetibe jadi best-friend Z ni, semua orang bagi warning supaya berhati2 dengan dia. Mesti la korang nak tahu sebab apa sampai nak kena berhati2 dengan Z tu. Lalu keluar la cerita pasal habit si Z ni suka mencuri duit orang. Yang memberi warning tu buka la orang lain, bekas kawan serumah Z dulu. Fakta disokong dan diyakinkan ada bukti rakaman video yang dirakam tanpa pengetahuan Z. Bayangkan la sampai keluar cerita dalam masjid kat kampus pun Z mencuri, menggeledah beg orang. Kami2 yang dengar cerita ni rasa macam tak percaya.

Sepanjang kami berkawan, Z ni tak la pulak menampakkan habit yang buruk. Semua nampak ok saje. Tapi semenjak salah seorang dari kami selalu sangat kehilangan duit, hati jadi ragu2 la. Nak dijadikan cerita, sorang lagi kawan kami, S, yang baru je jadi housemate Z tak sampai sebulan ni, nampak percubaan Z untuk menggeledah purse S depan mata sendiri. Percubaan pertama nak geledah purse atas meja study. Percubaan kedua nak geledah hand beg atas katil. Itu memang menguatkan lagi firasat kami bahawa cerita yang kami dengar tu bukanlah omongan kosong, melainkan benar semata2.

Maka, semalamlah 'hari perbicaraan'nya, kemuncak segala keraguan kami. Aku, S, dan sorg lagi mangsa yang selalu hilang duit iaitu R, duduk bertentang mata dengan Z. Z mengaku dulu memang dia mencuri. Rakaman video tu betul, tapi aktiviti tu dia tak pernah cuba buat ke atas Aku, R mahupun S. Anehnya, Aku langsung tak dapat merasai walau secebis pun keikhlasan di dalam setiap pengakuan Z yang dikatanya pengakuan jujur itu. Mata Z tak menampakkan dia bersungguh2 mengaku. Airmata yang keluar dari tubir mata Z pun nampak fake!

Sejujurnya, Aku memang dah berhenti untuk percayakan sesiapa pun, walau darah daging sendiri. Ini semua gara2 kekecewan dalam perhubungan yang dah 11 tahun dengan 'so-called-boyfriend'. Nasib baik Aku tak terlalu percayakan Z. Kalau tidak, dah tentu aku kecewa, sama mcm kekecewaan yang R alami sekarang sebab R dan Z la best-friend yang Aku maksudkan awal2 td.

"Aku tau la aku ni jahat. Aku tak buat, orang tuduh aku buat. Aku kan pencuri!". Terngiang2 ayat Z waktu kami tengah bergurau2 bergossip2 dulu. Dia selalu cakap macam tu. Kami, kawan2 selalu mengamalkan polisi, cakap je la lepas apa pun, nak carutkan kitorg depan2 pun takpe. Asalkan jangan pendam simpan dalam hati. Dan sekarang, ayat2 tu memang terbukti betul. 
Akhir 'perbicaraan', sepatah kata R dan S, "kami terima pengakuan Z ni. Tapi tak bermakna kami akan terus percayakan Z sebab kepercayaan tu dah hilang. Nak bina semula kepercayan tu memang amik masa yang lama. Lepas ni, kalau jadi lagi benda macam ni, kita tak akan duduk bersemuka lagi mcm ni. Kalau jadi lagi, maksudnya Z dah tak ada peluang lagi untuk apa2 pun." Aku, sekadar pemerhati, membiarkan bakal2 peguam itu berhujah. Segala apa yang Aku nak cakap, mereka dah hujahkan. Aku harap Z insaf.

Tuesday 14 June 2011

"Macam budak tadika!"

Semalam (Isnin), Aku puasa qada' + sunat sekali gus. Aku tak ingat berapa hari Aku 'cuti puasa', dan berapa hari yang Aku dah ganti. Tapi kalau terlebih qada' puasa, tak jadi dosa la kan? Cuaca semalam sangatlah panas. Nak keluar rumah berjalan kaki ke kampus yang jaraknya hanya sekangkang gorilla pun Aku rasa macam 10 kilometer jauhnya. Terik weih!

Balik dari kelas, sampai2 rumah je haruslah cabut segala apa yang boleh dicabut, dan tanggalkan segala apa yang boleh ditanggalkan, terus capai botol air atas meja study. Minum seteguk. Belum sempat tutup penutup botol tu, Aku dah histeria. "Aku puasa la badigolllllll~!!!!" Istighfar panjang Aku kat situ jugak. Terus call Kekanda, cakap dah terminum air. Memula2 ekspresi dia macam terkejut bercampur marah. Lepas tu dia gelak tak hengat punya wa cakap sama lu! Sepatah ayat dia, "Macam budak tadika!" ~,~

Petang tu, pergi rumah kawan, buka puasa sama2. Bertiga je. Dia masak bihun goreng. Dia yang jemput kitorang buka puasa kat rumah dia. Sorang kawan bawak ayam n telur. Aku beli air kotak besar 2 jenis untuk minum waktu buka puasa. Kira sama2 menyumbang jugak la tu kan?

Sebelum sesi masak memasak, ada sesi 'perbicaraan tertutup'. Kes curi. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Mungkin dalam entry akan seterusnya baru Aku cerita kot. Aku masih kelu dan keliru dengan apa yang dah jadi.

Monday 13 June 2011

Kritikan untuk KL Gangster

Assalamualaikum.
Uicehh~ tetibe hari ni baik pulak nak bagi salam. Selalu main terjah je ek? Hari ni mood insaf tetibe datang. So, kena la baik sikit. Ok, abaikan. Nak cerita pasal filem KL Gangster ni. Katanya sekarang dah mencapai kutipan RM1.5 juta hari pertama tayangan ek? Bravo!! (fakta main ingat2 saje. tatau la betul ke tidak. baca sekali imbas je tadi. kalau salah harap maaf.)

Khamis malam Jumaat lepas baru je lepas tengok filem KL Gangster secara berjemaah. Aku tak selalu pergi tengok wayang. Bila ade kesempatan, makanya dilakukanlah secara berjemaah (beramai-ramai la maksudnya). Filem tu not bad la. Syamsul ada idea yang bagus, tapi sebagai penonton, Aku ada sedikit kritikan membina untuk diluahkan. Di ulangi, KRITIKAN MEMBINA ye, bukan kritikan untuk menjatuhkan.

Pertamanya, kurang adegan flashback yang membuatkan penonton agak terpinga2 kenapa adanya sesuatu adegan itu. Contoh, Waktu Jai (Adi Putra) menyelitkan wang ke dalam poket budak2 yang sedang tidur bergelandangan di kaki lima jalanan. Motifnya apa? Adakah mungkin kerana dia terbayangkan situasi dia dengan abangnya, Malek sewaktu mereka kecil2 dulu? Tapi, kalau bukan sebab terbayangkan kisah silam itu, adakah mungkin hanya kasihankan budak2 itu? Kalau Jai hanya kasihankan kepada nasib budak2 itu, kenapa tidak pula dia kasihankan nasib Ibunya yang berjaja kerepek di tepi jalan persis peminta sedekah? (Serius waktu Aku tengok adegan Malek 'skodeng' mak dia tengah berjaja tepi jalan tu, Aku sedih sangat. Nampak sangat macam mak mereka seperti seorang pengemis.) Sedikit kekeliruan di situ.

Keduanya, Shark adalah anak tiri King. Tapi, apa sejarah antara King (Ridzuan Hashim) dan Shark (Syamsul) dan Ibu Shark? Adakah Ibu Shark tu Cina sampai Shark terus menerus nak cakap dialek Cina dari awal sampai la habis cerita? Agak menjelikkan disitu sebab King boleh pulak cakap dialek Melayu, tetibe Shark nak cakap slang Cina. Mungkin Ibu Shark tu betul2 Cina, jadinya mmg tak salah la Shark nak cakap dialek Cina. Tapi Syamsul kena jelaskan dalam bentuk plot penceritaan supaya penonton tak rasa keliru dan rasa menyampah. Mungkin, sekali lagi, peranan 'flashback' itu diperlukan.

Ketiganya, dengan adanya filem2 sebegini, akan membuatkan semakin ramai jantan2 yang nak mengaku diri mereka 'Abang Long' ataupun 'Abang besar' sebab digambarkan macam jadi gangster tu adalah hebat dan boleh menguasai sesiapa saja. Terlalu banyak adegan pergaduhan yang ekstrem. Contoh dah ada depan mata. Waktu tengok tayangan filem tu, rasa macam berada dalam zoo. Semua jantan2 terbabit buat hall wayang tu macam dalam kampung diorang. Datang bergerombolan, beridentitikan persis gangster la. Gelang besi tebal2 besar2 kat tangan, leher pun ade jugak rantai besi gabak2, kolar baju terjongket, beg silang harus ada, muka langsi sentiasa, 'monyet' kat hujung sini nak menegur 'monyet' kat hujung sana, main jerit suke2 hati dia macam kat 'kandang' dia pulak. Sakit betul hati Aku! Rimasss!!! Waktu habis show, nak turun ke pintu keluar, terlanggar sorang awek. Tetibe balak dia nak pandang Aku sleck plak. Kau ingat Aku nak sangat ke langgar awek kau yang tak la secantik mana tu? Kau ingat Aku takut ke Kau buat muka ganas camtu? Marila la turun jumpa Ayahanda Aku kalau berani. Aku tak herannn~!

Keempat, mungkin Syamsul boleh buat ending yang lebih terkesan dihati. Ending yang ada tu seolah2 mcm dibuat asal boleh @ asal ada. Aku rasa tak puas hati sangat dengan ending tu. Intipati kurang jelas. (ataupun mungkin Aku je yang yang faham?)

Setakat ni, itu sahajalah yang Aku mampu terfikir untuk mengkritik. Minta maaf kalau ada ayat yang terkasar dan terkesan dihati. Ini hanyalah sekadar komen peribadi seorang penonton. Apa2 pun, Soffi Jikan dan Zizan memang best!!

Wednesday 8 June 2011

Pulangkan anak aku!

Aku rindu anak Aku. Pulangkan Anak aku!

Serentak selepas habis ayat akhir tu, Aku terus tersedar. Mimpi rupanya!
Astaghfirullahalazim...

Ntah kenapa Aku bermimpi situasi tu, Aku pun tak tahu. Aku nak buat ayat apa lepas ni pun Aku tak tau. Aku cuma tertanya2, kenapa Aku dapat mimpi itu? Pengaruh drama ke? Aku dah lama sangat tak tengok drama tv tau?

Ada sesiapa boleh bagi jawapan? 

Wednesday 1 June 2011

Aku bukan contoh terbaik.

Perasaan sangat huru-hara ketika ini. Aku pun taktau kenapa. Rasa sangat2 demn gile! Kalau la dapat di adakan 'seekor' manusia depan mata Aku sekarang ni, maka akan Aku caki maki dia sepuas dan sesuka hati Aku. Aku tak peduli!

Aku di datangi mimpi2 tak enak dalam tidurku. Mmg sangat bullshit! Rasa FuckUp! Apa yang Aku tak suka, itulah yang Aku dapat. Apa yang Aku nak sangat, tak pulak datang. KENAPA?!

Aku rasa Aku tau dari mana puncanya. Bermula dari pertemuan dgn pakcik-makcik di kampung (rumah arwah atuk), bertanyakan soalan2 sensitif yg Aku tak suka dengar dan tanak jawab bila ditanya. Terang-terangan Aku buat muka tak ambik kesah, selamba bermain dengan handphone, membiarkan Ibunda menjawab segala pertanya pakcik-makcik itu. Bukan nak kurang ajar, tapi bila orang tak kesah nak jaga hati dan sensitiviti kita, kenapa kita perlu hormat? Itu prinsip Aku.

Cara mereka bertanya, cara mereka memandang, cara mereka berbual, seolah2 Aku perempuan yg sangat jijik di pandangan mata mereka. WTH?! Anak Kau tu bagus sangat ke? Baru habis SPM, belum jejak masuk universiti lagi, belum tengok 'dunia' lagi, dah mcm confident je anak Kau tak buat apa2 yg mcm anak2 org lain buat.(you know what all youngsters will do when they are far away from parents) Kau bangga-banggakan dia, yakin sempurna je anak Kau paling terbaik dalam banyak2 manusia lain. Confident sgt kan? Kau tengok la nanti, Aku berani bagi tempoh paling cepat setengah tahun, paling lambat 1 tahun untuk anak Kau berubah. Atau mungkin, kurang dari 6 bulan, anak Kau dah terkena 'culture-shock' dan terpengaruh dengan kawan2 yang dari bandar. Almaklumlah, anak Kau dari kampung. Mestilah taknak nampak ketinggalan dari kawan2 lain. Mcm yg Aku kata tadi, anak Kau belum nampak 'dunia' lagi.

Been there, done that. Aku tahu keadaan budak2 kampung yang baru jumpa hiburan di bandar. Baru kenal night life. Aku kenal ramai yg mcm tu. Waktu aku baru2 masuk universiti dulu, minggu orientasi je dah ada yg pandai keluar malam, balik hostel lewat pagi, pergi clubbing. Lps minggu orientasi, dah jumpa bf, tido pulak rumah bf. Itu perkara2 yg jarang2 atau mungkin tak dapat buat bila duduk dengan keluarga.

Aku bukan nak kata Aku baik sgt, tapi at least Aku jujur dgn diri sendiri. Kecik2 lagi aku dah samseng. Aku jadi diri sendiri, bukan sebab nak cuba menjadi orang lain. Perubahan itu mmg penting, penting utk memajukan diri. Tp kalau anak Kau berubah dari tudung labuh ke tudung yg lebih 'seksi', itu bagus ke? Itulah yg dinamakan 'culture-shock'!

One more, Aku nak sangat tengok, once kalau anak Kau dah jatuh terduduk tersungkur menyembah bumi, mampu lagi ke dia bangkit dengan semangat dan personaliti yg baru, like what I did? Mampukah dia kembalikan semula keyakinan orang sekeliling terhadap dirinya; melalui segala kepayahan, cerca nista dan fitnah dengan senyuman? Mampukah?! Sebab Aku bukan contoh terbaik, Aku cuba nak cari, kelebihan terbaik apa yang anak Kau ada. Adakah hasil didikan dan celaan Kau terhadap anak orang lain akan berbalik semula ke muka Kau atau sebaliknya? Itu yang Aku tak sabar nak tahu.

Tak pe lah pakcik makcik. We'll see how nanti. 6 months - 1 year tu tak lama. Raya pun dah nak dekat. News spreads so fast nowadays. Aku pun tak sabar nak tunggu perkembangan perubahan anak Kau tu. Aku contoh budak universiti yang tak patut diikuti, kan? Aku akan ingat itu sampai mati.

Monday 23 May 2011

Best ke macam tu?!

Situasi

Pentanya : "Kenapa takde boyfriend? Cari la satu. Boleh temankan g mkn2, jln2."
Penjawab : Tanak! Malas!
Pentanya : Apasal?
Penjawab : Ntah! Semaklah! .....


Berkaitan itu, teruslah naik statement2 di Twitter Aku. Statement hangin ribut taufan bengang.

Petikan Twitter.
Sila baca dari arah BAWAH kemudian KE ATAS.


So sekarang nak tau jawapan Aku kenapa Aku tanak dan malas utk ada BF dlm masa terdekat nih? Read more...

Depan mata Aku, ada satu contoh. Ada 1 pasangan yang kononnya paling bahagia, paling romantis, paling manja dalam alam semesta (sebab telah dihebah-hebohkan sendiri oleh si 'wedok' itu ke satu semesta betapa bahagianya percintaan hidup mereka berdua. Tiba satu ketika, terjadi sedikit perbalahan. Habis diluah segalanya kat Twitter. Meradang, mencarut, memaki-hamun. Semuanyalah! Macam2 dikatanya kat si BF konon kesayangannya tu. Maka seluruh follower dia yang terdiri daripada 'kawan dan lawan' juga turut membaca. Dia tak sedar, dia dapat lepas geram kat situ demi untuk puaskan sakit di hati, tapi dia dah memburukkan individu yang kononnya bakal suami penemannya sepanjang hayat seperti yang selalu diwar-warkannya. Tapi esok lusa, kembali bersayang2 berjiwang2 di alam maya dan dihebah ke serata alam sekali lagi. Kami yang baca, senyum sinis saja lah..

Aduhaiii.. Kau memang buat lawak! Itulah, lain kali, jangan suka sibuk jaga hal orang lain. Kali ni bila dah terkena, lepas baca statement Twitter aku tu, terus terkesima terdiam berjuta bahasa. Barulah sekarang nak cover2 ayat, konon bersopan santun. Terima kasih kerana buat orang lain terasa hati dengan setiap ayat2 Kau. Kali ini, biar Kau pula terasa pedasnya.Aku bukan nak balas dendam, tapi sekali sekala, kita kena juga menyedarkan orang yang selalu lupa diri ni. Biar sama2 sedar diri.

Tak begitu sepatutnya?

Zaman2 bercouple / bertunang adalah zaman2 dimana kita belajar saling faham-memahami dan saling hormat-menghormati sesama pasangan. Pupuk kesabaran dalam diri. Pendek kata, itu zaman Praktikal Pra-Perkahwinan. Tapi kalau tinggal serumah, tidur sekatil sebantal sebelum bernikah itu mmg haram. Janganlah dibuat! Belum tentu lagi bercinta sampai 10 tahun sekalipun kalau lepas tu tak kemana akhirnya. 

Thursday 5 May 2011

Arghhhhhhhhh~!!! *histeria*

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah~!!!

Histerianye Aku! Nak tahu kenapa? Nokia akan keluar model fon terbaru, sama dan lebih kurang dengan fon yang Aku tengah pakai sekarang, tapi ade kelebihan touch screen pulak! Hohemgeeee~!!!! Aku histeria!!! Aku pakai fon Nokia E5 sekarang. Akan datang, Nokia E6-00 pulak nak keluar. Banyak beza n kelebihannya dari E5 pulak tu! Adehaiiiiiiiii~ Kalau trade-in E5 ni beli E6-00 boleh tak? Berapa agaknya harga Nokia E6-00 ni ek?

Untuk lebih menghisteriakan korang semua, meh sini Aku bagi sikit contoh2 perbezaan yang Aku dapat kenal pasti yang telah buat Aku histeria gile2 sekarang nih. Cer tengok, cer tengok~ :



Model Nokia E6-00
  • E6-00 ada QWERTY keypad dan touch screen, E5 ada QWERTY keypad saje. 
  • Internal memory E6-00 8GB, Internal memory E5 512 MB saje. 
  • E6-00 lebih nipis berbanding E5.
  • E6-00 boleh buat video calling secara 2 hala, E5 tak boleh!
  • Kamera utama E6-00 8mp, kamera kedua VGA. Kamera utama E5 5mp saje, tiada kamera kedua. 

Kalau nak lebih info, sila pergi tengok sendiri dekat http://www.nokia.com.my

Kalau korng semua nak tahu, Aku pernah mimpi aku guna fungsi touch screen kat E5 Aku ni. Maksudnya, sambil guna keypad QWERTY tu, sambil2 boleh guna touch screen tu sekali harung. Tak ke best tu~?! Nah, sekarang nih, hamik Kau, dah keluar model seperti yang Aku termimpi2 tu.

Dulu beli E5 tu pun my Mum yang nak belikan sebab kesian bebeno menengok fon anaknye yang dah nyawa2 ikan. Daripada 2 fon dan 2 number, tinggal 1 fon 1 number. 1 fon dah mati terus tak boleh on, maka number 1 lagi tu pun mati jugak sebab dah lama tak on kan. Tinggallah 1 fon yang nazak, 1 number je. Terus dibelikannya selepas puaslah Aku merengek mintak fon baru. Kat kedai fon, tengok macam2 jenis fon, tapi dia berkenan kat E5 nih. Waktu tu E5 masih baru keluar lagi. Dah nak dibelikan, Aku pun hamik je la. Fon cantik, fungsi pun lebih best daripada fon lama Aku, sape la yang tanak, kan? Hehehehe~

Sebenarnya, I am not a big fan of touch screen type of phone la. Aku jenis yang kasar, ganas, tak cermat. Takut nanti bila pakai touch screen, jadi cepat jahanam pulak. Plus, kawan2 yang dah pernah pakai touch screen pun banyak yang komplen macam2, kemudian beralih arah ke fon yang ade keypad membuatkan Aku semakin tak suka fon touch screen. Tak suka fon touch screen, tak suka fon slide. Cerewet, kan?! Hahaha~

Aihhhh~ Can't get it out of my head la! Ade nanti Aku termimpi2 lagi ni kot? Aku nak Nokia E6-00 tu jugak bila dah officially keluar kat Malaysia nanti. Ada sesiapa baik hati nak belikan as birthday present untuk Aku tak? Dah tak lama je lagi nih. Bulan 6 nanti. Ngeh ngeh ngeh~ :p

Wednesday 4 May 2011

Murah @ Berjenama?

SILA BACA DAN SEDAR DIRI :

Do not be proud of branded clothes, because the last clothes you'll wear is the white shroud. 
Do not be proud of that luxurious and sporty car, because the last vehicle you'll ride in is your coffin. 
Do not be proud of that luxurious and comfortable bed, because the last bed you'll rest upon is the ground.


Barangan mahal dan berjenama gah, kereta mahal dan berjenama besar, katil yang megah bak singahsana. Semua itu keduniaan semata-mata. Apa perlunya kau kejarkan sangat barang2 berjenama tu semua? Bila mati nanti, semua tu kau tinggalkan kat atas dunia ni jugak! 

Ok, contoh, pakaian. Baju yang kau beli dengan harga beratus2 ringgit tu, kau boleh dapat yang sama design, sama kualiti dan sama serba-serbi dengan baju yang tak ada jenama atau jenama cap kedai tepi jalan. Jadi, apa yang istimewanya baju yang beratus2 tu? Hanya pada label jenama yang terselindung di belah dalam baju tu saje la bezanya. Dari luar, semua samaaaa~

Kalau ada yang kata : membeli barang2 berjenama mahal adalah suatu kepuasan diri, kepuasan apekah itu? Kalau sehelai baju berjenama tu kau beli dengan harga RM150 sehelai yang kau kata puas, tapi pada Aku, dengan harga RM150 tu Aku mungkin boleh dapat 2 helai baju, 2 helai seluar dan sehelai tudung walaupun tak berjenama mahal. Itu lebih memuaskan! Dapat lebih bergaya sakan.

Minta maaf kalau ada yang terasa dan tersentap baca entry ni. Pada pandangan Aku, membeli barangan berjenama tu tak salah, kalau sekali sekala nak merasa. Tapi kalau dah memanjang setiap masa nak yang berjenama dan mahal2 je, motifnya apa?

Aku sangat respek kalau pembeli barangan berjenama tu beli dengan hasil duit titik peluh pekerjaan mereka sendiri. Itu barulah di namakan kepuasan diri. Rewardkan diri sendiri dengan barangan idaman setelah berpenat lelah bekerja.

Paling Aku tak respek, bila yang membeli tu adalah manusia2 yang masih belum bekerja @ masih belajar, mengharapkan duit ringgit dari ibubapa semata2 sebagai sumber perbelanjaan harian; membeli-belah macam tiada hari esok, dan kemudian menunjuk-nunjuk dengan bangga seolah-olah hanya mereka yang mampu beli barang itu. Jijiknye perangai itu! Tak kesian ke penat2 orang tua kau bersusah payah kerja cari duit nak bagi kau makan, kau pulak bazirkan dengan beli benda2 yang kau boleh dapat dengan harga lebih murah. Ada kau fikirkan tak, lepas ibubapa kau bagi duit kat kau, mereka tu ada lagi tak duit untuk perbelanjaan mereka sendiri, untuk makan minum seharian mereka? Apa yang kau tahu, setiap kali duit kau habis, kau mintak pada mereka, dan bila kau dapat duit lagi, rutin pemboros kau pun berulang lagi...

Ya Allah, Kau jauhilah Aku dari sifat keji dan membazir itu. Jadikanlah Aku seorang anak yang sentiasa berbuat baik kepada Ibu Bapaku. 

Kawan-kawan, renung-renungkanlah...

Friday 29 April 2011

Alahai printer~

Malam semalam, Khamis mlm Jumaat. Malam kemuncak.

Hahaha~ Ohoiii! Apa korang fikir weih?! Sebab Aku highlight bold macam tu, korang terus fikir lain eh? Aku cuma nak cakap malam semalam, Khamis malam Jumaat adalah malam kemuncak satu program 3 hari yang di adakan dalam kampus Aku. Jadinya, persembahan untuk malam kemuncak adalah persembahan teater dari kumpulan teater jemputan dari IPT lain. Awesome woahhhh~!!! Gian Aku nak tengok teater akhirnya terubat juga la walaupun pelakon2 teater tu bukan la artis2 femes n glemer pun.

Selepas majlis berakhir, di pintu keluar, setiap tetamu yg datang diberi bungkusan berisi air kotak dan sebungkus roti cream roll 'namposen' yang ada inti krim macam2 perisa tu. Aku suke! Tapi yang tak berapa best tu sebab Aku dapat roti perisa strawberry. Tak perasan pada mulanya. Dah sampai rumah baru nampak. Dapat2 je Aku terus sumbat dalam beg. Malas nak berpegang2. Walaupun Aku suke makan buah strawberry dan perisa strawberi, tapi kalau untuk roti macam ni, Aku lebih suka perisa coklat atau jagung.Sebab apa? Sebab kalau roti2 roll macam ni, intinya memang krim dan tak akan selalu jumpa yg jeis macam jem tu. Kalau jem strawberry, Aku boleh telan. Kalau krim strawberry, mahap leww~

Overall, teater tu menginsafkan. Berkenaan dengan keinsafan dan kecintaan seorang hamba Allah terhadap Penciptanya Yang Satu dan Nabinya. Persembahan teater tu sahaja yang menghiburkan. 2 pengacara yang membuka majlis pulak seakan2 macam bercakap sendiri, buat lawak yang hanya mereka sahaja fahami, kemudian mereka jugalah yang ketawa sendiri. Kami yang duduk kat bawah, ternganga.

Sampai di rumah, makan, tido. Sedar2 dah pkol 2.++ am. Terus bangun, cuci muka, menghadap lappy. Konon nak study. Tapi baru teringat yang dah agak banyak notes yang masih belum di print. Fuhhhh!! Dah lama tak buat kerja print-memerint nih. Printer pun dah berhabuk. Bila nak start print je, tibe2 la pulak ink kering. Nasiib baik ade penyelamat dalam simpanan. Aku inject sket ink dalam katrij, dan katrij tu pun bagi hadiah best kepada Aku yang comel ini sebagai tanda terima kasih sebab dah bagi dia minum sejak sekian lama..

Dekat atas meja tu sebenarnya comot, ink menitis dari katrij. Period agaknye. Bocor!
Tp sempat lap dulu takut hitam tu melekat tak boleh hilang. 


Hah, tengok la tangan Aku. Dah macam orang kerja kat bengkel. 


Kertas berjalur ni Aku guna utk print set soalan exam tahun2 lepas.
Print kecik2 asal bole baca je dah la. Jawab atas kertas lain jugak! 


Kertas putih suci bersih ni Aku guna untuk print notes dari Lecturer. 


Tengok la berapa tebal notes dan set soalan exam tahun2 lepas yang Aku dah print.
Kalau tak lulus jugak sem ni, Aku pun x tau la nak cakap apa. Harap2 lulus. AMIN....

Habis kerja print-memerint, kebetul terus azan Subuh. Solat sekejap. Lepas tu terus terasa macam nak membebel2 nak show off apa yang Aku baru lepas buat. Maka terhasillah entry merapu di blog ni hari ini. Semoga korang tak hangin la baca entri ni. (Eh, ada reader ke blog nih? Macam tak ada je. Chatbox pun sunyi. Haha~)

Jumpe lagi esok lusa tulat langkat kalau ada jodoh dan panjang umur. :)

Monday 25 April 2011

Kerana Aku Sanggup

Malam ni niat hati suci murni Aku memang la nak study. Sungguh2 ni. Tak tipu! Lepas Isyak, tak pandang kiri kanan, terus setting meja, setting position duduk, terus buka segala buku n notes, sepahkan alat tulis. Konon2 nak bagi semangat nak study tu datang menjelma la. Sambil tu, sambil ber-sms dengan err... ok, let me just named that person as 'Kekanda'. Ber-sms dengan 'Kekanda' just to get some motivation, sort of la. :p

Ntah macam mana, seronok sangat ber-sms psl macam2 hal, si 'Kekanda' ni boleh pulak suruh Aku tolong translatekan lirik lagu. Dia dah suruh translatekan lirik lagu, takkan la Aku nak translate buta2 camtu je kan? Harus la dengar dulu lagu tu, amik feel. Baru la Aku bole translatekan, kan? MUAHAHAHAHAHAH~!!!

Sambil bloop bloop, sambil gulp gulp la kan? (penyimpangan peribahasa melayu yang bermaksud : sambil menyelam sambil minum air.) Hahahaha! Pandai sungguh Aku merosakkan bahasa. Bravooooo! (blerghh!)

Habis lagu2 yang disuruhnya Aku translate, Aku tak terus la tutup YouTube tu. Aku pulak dengan suka ria gembiranya pergi cari lagu2 lain. Macam2 jenis lagu Aku dengar. Sampai ke satu lagu ni, Aku terkedu. Tak tahu nak buat ekspresi apa.







Lagu ni, kalau dulu, 2-3 tahun lepas Aku dengar, mungkin Aku akan menangis menggila macam orang hilang arah. Histeria. Sebiji-sebiji, setiap ayat dalam lirik lagu ni memang buat aku sakit, terhiris, terdera, terseksa. Waktu tu memang Aku rasa macam tak boleh nak tengok setiap benda atas muka bumi ni. Waktu tu adalah zaman2 kejatuhan Aku yang paling teruk sekali! Aku adalah mayat hidup waktu tu. Tak tipu!

Aku tak makan / minum. Aku tak keluar bilik. Aku tak pergi kelas. (waktu tu Aku tinggal di Hostel U Aku ni.) Aku tak kisah dengan dunia luar. Apa yang Aku buat? Aku tido, tido, tido, dan tido sepanjang waktu.

Tapi Aku bersyukur waktu tu Aku ada seorang roomate yang sangat memahami dan mengambil berat pasal Aku. Walaupun Aku tak pernah cerita walau sepatah apa pun pada Dia, tapi dia berusaha sendiri untuk selidik masalah Aku. Iyalah, Aku bukan seorang yang suka bercerita masalah Aku kepada orang lain, waima dengan ahli keluarga sendiri pun.

"Kamu Nescafe saya, Saya Teh-O kamu." - cik roomate

Sampai macam tu sekali dia umpamakan Aku dalam hidup dia. Sebagaimana dia sangat2 perlukan dosage Nescafe yang mencukupi setiap hari, sebanyak tu la dia memerlukan dan menyayangi Aku. Terharu.

Aku tak akan pernah lupa surat yang dia selitkan dicelah2 buku, atas meja study Aku. Surat tu buatkan Aku meraung sorang2. Baru waktu itu Aku sedar yang masih ada orang yang menghargai kehadiran Aku di atas muka Bumi ni. Selama ni Aku tak nampak. Aku dibutakan dengan semua perbuatan 'Si Durjana' itu. Aku meratap merayu macam peminta sedekah semata2 'Si Durjana' tu.

Dan lagu ni, memang sebijik, sesuai jadi lagu tema cerita Aku dengan 'Si Durjana' tu.

Sekarang, Alhamdulillah. Perasaan sedih, pilu, meratap, meraung tu dah tak ada lagi. Cuma Aku kesal. Perkara tu tak sepatutnya jadi. I've learned my lessons very well. Dengan bantuan 'Kekanda', Aku semakin pulih. Walupun 'Kekanda' itu bukanlah sesiapa, tapi dialah yang telah buat Aku celik semula. Aku tenang, Aku senang dengan diri Aku sekarang. Alhamdulillah.

Terima kasih Kanda. Dinda selalu mengimpikan akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sama seperti Kanda. Dinda mengimpikan dapat jadi Ma'mum kepada Imam yang seperti Kanda. InsyaAllah, biarlah masa dan keadaan menentukan segalanya, atas keredhaan dan kebenaran dariNYA. Dinda akan terus berdoa dan meminta agar usaha dan pengorbanan Kanda terhadap Dinda ini tidak menjadi sia-sia kelak.

InsyaAllah....

Ya Allah, peliharalah Aku agar sentiasa tenang dan selamat dalam perlindunganMU.

Amin..

Wednesday 13 April 2011

XXL Shihlin Crispy Chicken

Ada sesiapa pernah makan XXL Shihlin Crispy Chicken yang berasal dari Taiwan tu? Apa pendapat anda tentang ayam tu? Sedap tak?

Dulu, lebih kurang setahun / 2 tahun lepas la, kecoh satu semesta pasal ayam Shihlin nih. Semua orang dok kata sedap sangat sampai boleh histeria. Harini, baru je tadi, first time seumur hidup, Aku makan benda alah yang pernah orang dok gembar-gemburkan tu. First time masuk mulut, first time gigit, first time kunyah, first time telan : "Sedap. Tapi biasa2 je rasanya. Apa yang istimewanya ayam ni berbanding ayam lain?". Paling penting : AKU TAK HISTERIA!

Mungkin Aku yang tuli deria rasa. Tapi sejujurnya, Aku tak dapat rasakan di mana terletaknya keistimewaan ayam ni. Resipinya? Cara penyediaannya? Namanya? Negara asalnya?

Kalau Aku yang silap, tolong beritahu Aku, di mana kesilapan Aku. Mungkin ada cara lain untuk menikmati XXL Shihlin Crispy Chicken nih kot?

Sebelum terlupa, Terima Kasih kepada Saudara yang teleh membelanja Aku makan ayam ni.Sorry sebab makan tak habis. Tak jumpa 'WowW' factor yang boleh membuatkan Aku rasa nak cakap, "Harus dapatkan lagi lepas ni. Kalau tak nanti termimpi2!".



p/s : Sorry terlupa nak amik gambar makanan tu sebagai bukti. Rancak berbual, sampai terlupa.

Wednesday 6 April 2011

Keinginan hati secara mendadak

Aku tak tahu apa moood Aku alami malam tadi. Menangis tak tentu pasal. Bak kata orang Jawa, 'gembeng' @ 'kememeh'. Mungkin sebab Aku dah terlepas cakap sesuatu yang sepatutnya Aku simpan dan tunggu masa sesuai untuk beritahu pada seseorang tu kot?

Sebab tu pernah ada kata2 hikmat yang berbunyi "orang yang bijak pandai lebih banyak berdiam diri dari bercakap2 dan mempamer kelemahan diri." Jadinya, kelemahan aku terbukti di situ, banyak bercakap. Tapi Aku bukan bercakap, tapi menaip. Aku dah terlepas TERtekan tab 'enter' kat keyboard lappy nih. So, rasalah. Walaupun orang tu tak tanya lebih2, tapi Aku tau, Dia dah dapat hint perkara yang sepatutnya Aku rahsiakan.

Satu perkara Aku tak dapat lupa, sms yang Aku beri, dan sms yang Aku terima.

Aku : Teringin nk pergi umrah. Tp takut x diterima pijak bumi sana. Banyak sgt dosa, takut x terampun.

Dia : Rasa teringin tu pun 'Dia' yg bagi... terima @ tak 'Dia' gk yg tentukan. InsyaAllah... Ada jalannya.. :)

Habis je baca ayat dia, berhambur air mata aku merembes. Korang pernah rasa macam yang Aku rasa tak? Aku pun tak tahu, cemana tah Aku boleh rasa teringin sangat2 nk pergi ke Mekah tu. Perasaan tu tiba2 je datang. Aku harap, panjang umur, murah rezeki, dapat la Aku pergi ke sana. Lebih menggembirakan kalau Aku dapat pergi dengan Dia, orang yang dah banyak mengubah Aku kepada Aku yang sekarang ni, setelah Halal, kerana Dia-lah yang Aku impikan untuk jadi Imam dan ketua keluarga Aku kelak.

Insya Allah.. Please pray for me..

Tuesday 5 April 2011

Aku Superwoman



Seorang kenalan telah menujukan lagu ni kepada Aku. Mungkin untuk menaikkan semangat dan membina keyakinan diri Aku yang tak seberapa ni. Terima kasih. Itu je yang mampu Aku ucapkan. Kerana Dia, Aku telah banyak berubah. Aku dapat rasakan perubahan ni lebih kepada yang lebih positif. Alhamdulillah. Semoga ini semua berterusan.

Akuskandal?

Dahsyat sungguh penangan Hati. Tiba-tiba bergetar tak kena waktu. Ntah apa la petanda rasanya. Keliru betul la! Tak suka macam ni sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan.

Akuskandal, katanya.

Betul ke apa yang Aku buat nih? Aku terlalu mendesak sangat ke? Atau Aku je yang berangan sorang2?

Tapi kalau bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi, kan? Masalahnya, Aku confident yang Aku tak bertepuk sebelah tangan.

Atau memang betul Aku yang bertepuk sebelah tangan, sedangkan Dia, hanya nak menguji Aku? Menguji sebagai bahan ujikaji setelah dikatanya Dia pernah melukakan dan mengecewakan kaum sejenis Aku?

Tolong jangan jadikan Aku sebagai bahan ujikaji untuk mana2 eksperimen lagi. Cukuplah! Aku tak mampu nak terima ujian lagi. Luka 2 tahun lepas masih basah lagi. Jangan ditoreh luka yang masih belum kering walaupun usianya telah lama.

Jangan bermain dengan Hati kalau masih belum pasti.

Jangan memberi harapan kalau masih tak nampak jalan.

Tak ada siapa tahu dan akan faham derita apa yang pernah dan telah Aku lalui sebelum ni. Perit, pedih, sakit, menderita.

Sampai sekarang, Aku masih tak dapat pulihkan diri sendiri..

Sunday 3 April 2011

Ada diorang kisah?!

Dah 2 minggu Aku puasa. Sambil2 puasa ganti Ramadhan yang lepas, puasa juga untuk turunkan berat badan. Almaklumlah, 2 minggu sebelum nih, melantak macam dinaso sungguh2. Semua yang masuk mulut semua makanan berlemak, berminyak, banyak kalori. Paling sakit, semuanya mahal2 pulak tu! KFC, Nando's, Kenny Roger's Roasters, Pizza Hut, Chicken Rice Shop, dll. Langsung tak jengah kedai2 biasa.

Over makan, 'dompet berdiet'. Terimalah padahnya.Berlagak macam orang kaya, padahal Kau ni takde la kaya mana pun perempuan hoi! Ikutkan sangat rentak orang kaya, Kau yang sakit. Orang kaya tu, masih boleh enjoy2 sakan, makan mewah2, Kau pulak, terpaksa puasa ikat perut, ada orang kisah? Diorang langsung tak kisah pun!

Hilang syiling seposen ada diorang kisah? Jatuh atas lantai pun diorang tak pandang, tau! Tapi Kau, kena pandang tu. Kalau 10 kali Kau jumpa syiling jatuh atas lantai, tak ke dah jadi singget tu?

Lepas ni, Kau nak buat apa2 pun , fikir dulu Kau mampu ke tidak. Jangan ikut suka hati Kau je nak buat itu ini. Kalau duit tu Kau dapat sendiri hasil usaha Kau, boleh la Kau nak belanja bocah sana sini ikut suka. Ni tidak. Kau dapat duit tu dari mak bapak Kau yang tergolek-tertonggeng cari duit susah payah. Kerja biasa2 je pun, bukannya pemilik company besar2. Ingat tu!

Kau boleh katakan 'TIDAK' untuk mengubah nasib Kau!

Thursday 31 March 2011

... Dalam Botol

Dah tengok cerita "... Dalam Botol"?


Kalau belum, sila pergi cari panggung wayang berhampiran, beli tiket, dan tonton dengan hati dan fikiran yang kosong dan tenang, supaya kepala anda tak terlalu terbeban untuk memikirkan masalah luar, dengan masalah dalam cerita ini sendiri. Sebaiknya, waktu tengok tu, jangan kunyah apa-apa makanan pun. Sebab apa? Sebab, kalau sambil tengok cerita tu sambil mengunyah, anda akan anggap cerita tu macam cerita lawak. Scene sedih pun anda boleh gelak, apatah lagi scene serius. Padahal, tak ada apa-apa sebab pun yang patut membuatkan anda gelak. Tengok, betapa jauh bezanya fokus orang yang menonton dengan tenang, dengan orang yang menonton dan makan.

Aku dah tengok cerita ni kelmarin. Lepas kawan balik kerja, dia terus heret Aku ikut dia jalan2 cari makan. Tapi sebab hari tu Aku puasa, demi untuk mengisi masa yang terluang sebelum waktu buka puasa, kami decide pergi tengok wayang. Cerita yang paling cepat waktu tu adalah cerita ni la, "...Dalam Botol".


Untuk pengetahuan, kawan Aku ni seorang yang memang tak gemar tengok cerita Melayu. Filem Melayu tak tengok, apetah lagi drama2 Melayu. Katanya, semuanya menampakkan kelemahan tipikal Melayu. (padahal dia pun Melayu juga). Apa yang Aku cuba sampaikan di sini adalah bukan pasal keMelayuan kawan Aku ni atau pun berkenaan minatnya. Tapi Aku nak beritahu pasal kekaguman dia terhadap cerita ini. Katanya, ini memang tipikal filem gay. Tapi cara penyampaian cerita ni, tak menampakkan cerita ini ringan dan untuk tujuan dipersendakan. Maksudnya macam, cerita ini agak bermutu bagi dia yang memang tak sukakan cerita Melayu tipikal. Sebab itu Aku awal2 lagi dah cakap pada dia, nak tengok cerita ni, kena banyak berfikir, bukan tengok dengan perasaan semata-mata. (Aku cakap macam tu sebab dia jenis yang suka kutuk2 direct kalau terjemahan dia adalah negatif dari pandangan dia semata2.)

Sumpah Aku geli tengok bende alah ni. Yekkkk~!!!

Habis cerita ni, keluar panggung, dia yang terlebih excited! Dia kata cerita ni memang best! Disebabkan cerita ni berdasarkan kisah benar, dia bersedih dengan situasi 'watak sebenar' tu. Dia kata "First time saya suka tengok cerita Melayu yg macam ni wooo~!!" Padahal, sebelum ni Merong Mahawangsa dan beberapa filem lain sebelum ni pun dia pernah cakap macam tu. Tapi takpe. Orang tengah excited, kita iyakan saja, jangan disanggah. Nanti berbalah.


Sedikit ulasan pasal filem ni (dicedok dari tempat lain) :

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.


Kerana nafsu, seluruh kehidupan hancur musnah. Berbaloikah? 

Tuesday 29 March 2011

Jika Anda Susah Tidur, Kemungkinan Akan Dapat Buasir

Lepas baca ni, aku jadi terkejut. Kenapa terkejut. Korang la pulak try baca.


Buasir terjadi apabila struktur usus telalu lemah. Mengamalkan meneran kuat ketika membuang air besar akan menambahkan lagi keterukkan tahap buasir.

Usus besar amat berkait rapat dengan karektor seperti berikut sekiranya ia lemah;

1. Sifat kurang yakin
2. Terburu-buru
3. Suka menangguh kerja
4. Was-was

Sebenarnya sikap tersebut juga merupakan punca utama mengapa seseorang yang lemah usus besarnya itu suka meneran ketika membung air besar. Aktiviti dan tenaga usus besar dikawal oleh otak Hipothalamus . Selain mengawal usus besar, hipothalamus juga mengawal waktu tidur. Waktu tidur yang sihat dan menyihatkan otak ialah antara waktu selepas Isyak (kira-kira 8.30 malam waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga dua per tiga malam (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).

Usus yang lemah adalah sangat panas dan sensitif dengan makanan yang panas seperti berikut:

1. Cili
2. Rempah
3. Lada
4. Ulam pegaga dan ulam raja
5. Kopi
6. Tembikai
7. Makanan rangup

Selain makanan panas, makanan yang tinggi fibre juga boleh melemahkan usus besar. Fibre boleh bertindak mengaktifkan usus secara berlebihan.

Antara makanan yang tinggi fibre ialah:
1. Pisang (kecuali pisang embun)
2. Bijirin oat

Makanan yang berkoko:
1. Milo
2. Coklat koko
3. Kek koko

Semakin banyak seseorang itu mengambil makanan tinggi fibre, semakin panas keadaan usus dan memudahkan sembelit apabila makanan fibre dihentikan pengambilannya.


Tidur Sebagai Rawatan

Otak yang mengawal tenaga usus ialah otak yang sama mengawal tidur dan tumpuan iaitu Hipothalamus. Mereka yang mengalami masalah di usus juga turut mengalami masalah tidur. Misalnya mereka yang lewat tidur biasanya akan mengalami masalah sembelit atau simptom sembelit seperti sukar membuang air besar atau terlalu lama di tandas. Mereka yang mengalami masalah buasir pula biasanya sukar mendapat tidur yang lena. Mengamalkan tidur awal sejurus selepas solat Isyak serta mengelakkan mengambil makanan yang tinggi kalori 2 jam sebelum tidur ialah petua rahsia untuk merawat masalah berkaitan dengan usus.


Makanan berkalori tinggi ialah makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan termasuk juga perasa pedas yang diletakkan dalam makanan ringan. Biasanya rawatan untuk masalah buasir peringkat pertama ialah dengan menguatkan sistem otot di sekitar usus kemudian diikuti dengan menguatkan usus itu sendiri berserta dengan otak yang mengawal tenaga usus iaitu hipothalamus.

=================

Hooooo~ Aku selalu tido lambat, ada potensi dapat buasir ke nih?! Heshhh~ Semua makanan yang disebut kat atas tu, semua Aku suka telan, lebih2 lagi oat, pisang n milo. Cili dan lada memang tak la! Aku tak makan pedas weih! Aku tgh on diet sekarang, sebab tu itu je yang aku telan - pisang, epal, limau, biskut oat, nestum, yogurt drink Nestle Bliss, Milo.

Tapi betul ke nih?! Heshhh~ Ghisao pulak aihh~!!

Sharing is Caring, kan? :)

Orang kata, sharing is caring. Duduk depan pc / laptop sambil blogwalking, boleh dapat duit. So, Aku nak share dengan korang2 yang sudi, meh la join meramaikan lagi ahli jemaah. Lebih ramai, lebih meriah, lebih mansyukkk~!!

Klik link untuk maklumat dan daftar. Selamat meng'klik'! :)

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Jom cuba!

Boleh cuba kalau berminat. Klik link untuk maklimat lanjut. :)


Perfect fit for a quick lunch for two! Yummy pies with a full meal from #JustPie at RM13.90. Grab it at #MilkADeal

Monday 28 March 2011

Mood memasak tunjukkan diri. Yeayyyy!!!

Sabtu n Ahad, Adik kesayangan datang berhujung minggu di rumah Aku. Seronok la! Jalan2, makan2, gossip2 sama2, perkara yang dah lama kami tak buat bersama2, dek kerana masing2 sibuk dengan aktiviti dan tugasan masing2. Aku di U, dia di maktab - bakal pendidik la katakan.

Jalan2 di JJ Ayer Keroh untuk menghabiskan masa je. Singgah masuk kedai buku Popular. Banyak gile buku2 baru! Aku teruja!! Lebih menterujakan Aku, ada banyak buku masakan yang baru. Aku pun tak tau la sejak bila pulak aku boleh jadi teruja bila tengok buku masakan. Paling buat aku teruja dan histeria, bila nampak buku ni :



Serius Aku suka! Aku dah hampir nak beli waktu tu jugak tau?! Tapi nasib baik adik Aku cakap dia dah beli buku tu, ada kat hometown. Dia beli waktu cuti sekolah lepas. Fuhhh~ lega! Kalau tak, melayang la duit Aku. Hahaha~

Aku memang dapat rasakan mood memasak Aku dah datang kembali setelah sekian lama 'merajuk'. Bukanlah merajuk sebab apa pun, cuma sebab tak cukup masa nak masak, dan mungkin juga sebab 'persekitaran' tak menaikkan mood aku untuk memasak. Aku nekad, lepas naik cuti midterm U Aku ni, Aku nak mulakan balik mood practise memasak aku di rumah sewa. Kalau dulu, kat rumah sewa yang lama, setiap hari Aku memasak, dari benda paling simple, sampai la benda yang agak rumit. Masak dengan penuh confident walaupn x pandai, sebab Aku sendiri yang makan sorang2. Kali ni, kena jugak mulakan. Practise memasak untuk bakal suami. Oooppps! Heheheh~

Nak tengok tak antara hasil masakan yang Aku pernah masak, yang sempat di snap. Haaaa~ tengoklah! Hehehe~

Kari ikan tenggiri yang masih panas atas dapur.

Sayur kacang buncis. Senang je!

Nasi goreng hailam. Perencah sendiri tau, bukan pakai perencah segera!

Kentang sangai. 
Tak jadi sebab kentang tu keras. Patut kena masak lama sikit barulah kentang tu empuk. Hahaha~!!

Telur hancur. 
Sapa tak tahu buat, mari Aku ajar, free je!

Sambal sotong yang pedasssss! 
(note : Aku tak makan pedas, tapi masak pedas2. Sengal, kan?!)

Haaaaa~ Ni memang Aku masak untuk breakfast. Benda ni la yang paling susah Aku nak masak. Sampai 7 hari 7 malam figure cara nak buat. *tipu*

Yang ni Aku tak masak. Hahaha!

Daging blackpeper. Mengancam! Aku peminat blackpepper. :)

Pau daging berintikan telur burung puyuh, memang bukan Aku yang buat. From Muar. 
Tapi Aku suka makan! Nanti akan cuba buat. Heheh!

Ada lagi benda yang Aku pernah masak tapi x sempat amik gambar antaranya bubur kacang, sup cendawan, sup ayam rempah, ayam masak merah, dll...

Tau tak, tengok gambar2 je dah buat Aku jadi lapar! Walaupun simple dan biasa2 je, tapi kepuasan bila anda dapat makan hasil masakan anda sendiri, memang susah nak digambarkan! Priceless you know?

So, apakata siapa2 yang masih belum panda masak tu, rajin2kan diri try test cuba masak benda paling mudah dulu, tak kisah la sedap ke tidak, asalkan CUBA! Selamat mencuba! :)

Sunday 27 March 2011

Say NO to harta benda orang lain!

Sejauh mana anda boleh bertoleransi dengan orang yang suka mengambil barang orang lain tanpa kebenaran? Sejauh mana anda boleh bersabar dengan perangai / sikap seseorang yang pada mulanya anda kenali sebagai seorang yg berperangai baik dan tiba-tiba bila dah lama kenal, maka terpecahlah tembelangnya yang sebenar. Ditambah pula dengan sejarah individu dalam kehidupan sosialnya.

Aku memang sakit hati gila gaban bila berdepan dengan situasi macam ni. Tiba-tiba barang hak milik Aku diguna pakai sesuka hati orang lain, macamlah mak bapak dia bagi duit kat Aku untuk beli barang tu untuk dikongsi dengan anak dia pulak! Kau tak hangin ke macam tu? Kalau setakat pakai sikit-sikit dan sesekali tu tak apa la. Bole pandang ala kadar. Tapi bila setiap hari dia 'memunya' barang tu, memang Aku terus bertukar jadi Hulk kaler Pink la! Bukan dia tak tau yang Aku tak suka. Tapi fikiran budak dungu tak faham bahasa dan selfish nih memang Aku tak tau nak describe macam mana. Setiap hari memang disumpah seranah oleh Aku yang sememangnya mulut puaka ni. Nasib Kaulah!

Hari-hari tagih simpati orang, konon-konon macam dia nih helpless sangat-sangat dan macam dia seorang yang innocent tak tahu apa-apa. Macam semua benda pun orang kene fokus kat dia semata-mata. Ohmyyyy~ Kau nk dapat segala attention tu dari Aku? Memang taklah! Kau nak manja-manja dengan Aku secara tak bertempat, free-free je Kau dapat maki! Best kan?

Self-claim by this person, menginjak umur 20 tahun, bahawasanya dia dah besar dah sudah dewasa. Tapi cara pemikiran dan perbuatan tak melambangkan apa yang dia katakan. So, Aku jadi meluat.

Tolong ubah sikap yang satu tu boleh? Jangan suka buat harta orang lain jadi harta sendiri kalau mak bapak Kau tak bagi Aku sesen pun untuk beli barang tu. 

Kalau korang, apa korang buat dengan makhluk sebegini?!

Mawar dan Melati

MAWAR


Mawar Pertama:
Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua :
Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga :
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan keampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat :
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima :
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada sesiapa pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Keenam :
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilemparkan batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh :
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapakah kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan :
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan. Insya ALlah.

Mawar Kesembilan :
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah denganmu.

Mawar Kesepuluh :
Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak dengan teratur merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.



MELATI

Melati Pertama :
Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.

Melati Kedua :
Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

Melati Ketiga :
Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

Melati Keempat :
Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh dan sikap yang terlalu cemburu itu ia ibarat api yang membara.

Melati Kelima :
Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok, bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam :
Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh :
Bertingkah-lakulah dengan akhlakmu yang lebih indan dan cantik dari sebuah taman.

Melati Kelapan :
Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Melati Kesembilan :
Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati dan biarkan yang memusuhi terlupa.

Melati Kesepuluh :
Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan dan hukuman.



Sumber :
Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Saturday 26 March 2011

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta -
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang -
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka -
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.)


Minat -
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan membuatkan kita CINTA pada seseorang itu..

Hati kata : "Jangan Percaya!"

Berat betul hati nak menerima pengakuan yg entahkan jujur entahkan tidak tu. Betul ke? Atau itu hanya alasan semata-mata sebab nak mengelak? Segala kriteria yg Aku labelkan sebagai JAHAT, semua itulah 'Dia' kata 'Dia' pernah buat. Tapi apa yang Aku nampak, 'Dia' tak macam tu. 'Dia' tak nampak seperti apa yang 'Dia' katakan. Hati Aku sendiri tak meredhakan untuk percayakan setiap pengakuannya itu.

Harus ke Aku percayakan kata Si Hati? Atau patutkan Aku membutakan mata, mentulikan telinga dan mengebaskan perasaan untuk tak percayakan Si Hati lagi?

Aku bingung.

Kalau betullah apa yang jadi ini seperti apa yang Aku harapkan dan fikirkan, kenapa perlu ada permainan? Adakah untuk menguji Aku, seteguh mana tekadnya hati dan kehendak diri? Ya Rabbi. Aku dah tak mampu nak bermain-main lagi. Cukuplah sebelum ini Aku teruji dengan permainan hati yang telah mengorbankan hati itu sendiri. Kecederaan parah di hati masih lagi belum pulih, jangan ditambah lagi seksaan ke atasnya untuk diduga kesekian kalinya. Hati Aku tak mampu lagi diperlakukan begitu.

Wadah Salam Permulaan

Hye! Salam...

Blogger.com dah lain la pulak! Ke, aku yang dah rasa kekok sebab dah lama tak gunakan blogspot? Mungkin lah! Dah lama tak menulis blog. Dah lama tak membebel secara sesuka hati dan sesedap rasa. Mungkin akan start kembali, bermula di sini.

Owh, kekoknya! Aku harap sangat penulisan hasil buah fikiran dan rasa hati aku tak akan kaku dan kejung sepertimana kekoknya aku dengan keadaan ni. Semoga hasil tulisan aku akan membawa sedikit perubahan dalam cara masyarakat berfikir. Semoga setiap hasil tulisan tidak dinilai berdasarkan personaliti si penulis. Tapi bacalah dari hati dan fikiran waras seperti seorang AKU, seorang yang sentiasa dahagakan ilmu dan kematangan dalam hidup, rimaskan keadaan yang seringkali merumitkan.

Siapa AKU? Biarlah rahsia. Biarlah hanya hasil tulisan aku di baca dan dikenali, bukan kerana siapa AKU.